Salam perkenalan..

Salam perkenalan dari kami..
Apa yang tertulis di blog ini datangnya daripada apa yang kami alami sendiri, suasana persekitaran dan pengalaman lampau.

Thursday, September 16, 2010

Lontong oh Lontong..

"Lontong (seperti gambar) ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang. Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri. Kerana dikukus dalam daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa."

Salam semua, kenyataan di atas saya petik dari fakta sebenar dalam wikipedia.com.. sedar tak kita bahawa masyarakat melayu kita seperti keliru dan buat tak tahu mengenai lontong yang sebenar dengan lontong yang selalu disebut2 tuh..(nasi impit dan kuah lodeh).. aku pun keliru masa aku sekolah, kantin tu ada jual makanan dalam mangkuk, ada nasi impit berkuah lodeh.. aku pun order dengan makcik tu "Cik, nasi impit tu satu!"..makcik tu kata "tu bukan nasi impitlah..tu lontong!"..Aku pun agaknya bendul sangat jadi aku pun ceritalah lontong tu camner rupa sebenar..makcik tu tak bleh terima kenyataan!

Sebab aku taulah mak bapak aku dulu rajin buat lontong bila tiba raya.. daun pisang senang dapat kt kampong...jadi ketupat ni tunggu orang bagi je kalau ada hehe..satu lagi masa aku ikut mak bapak aku ambil daun pisang nak buat lontong, datanglah seorang pakcik nih tanya kt bapak aku..bapak aku pun jawablah nak buat lontong...pakcik tu aku tengok muka dia pelik semacam dan dia tanya "apsal buat lontong guna daun pisang?" sambil mengerut dahi yang dah memang kerut tuh... Kesian aku tengok pakcik tu jadi kami pun terangkan kepada pakcik tu camner rupa sebenar lontong.. Aku rasa tulah kali pertama dia paham apa tu lontong sebab muka dia berseri-seri akibat kekeliruan yang melanda dirinya seabad usianya..Dia pun ambil daun pisang untuk buat sendiri lontong seperti yang bapak aku ajarkan tadi.

Jadi, kita orang Melayu yang penuh kebudayaan dari segala segi nie terutama sekali pasal makanan...antara lontong dan lontong (nasi impit kuah lodeh), sedarlah bahawa lontong sebenar adalah seperti gambar dan maklumat di atas..tu lah lontong sebenar, jangan keliru lagi sebab malulah pada bangsa lain yang kita ni tak kenal makanan kita sendiri. wassalam...



No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Kuatkuasakan waktu anjal bagi pekerja swasta. Datang awal pulang awal. Datang lewat pulang lewat.

Jika semua barang naik harga, apakah makanan pilihan anda selepas ini?

Jika petrol tiada lagi, anda pergi kerja naik apa lepas ni?

Jika anda terjumpa bungkusan wang yang banyak di tepi jalan, apa tindakan anda?