Salam perkenalan..
Salam perkenalan dari kami..
Apa yang tertulis di blog ini datangnya daripada apa yang kami alami sendiri, suasana persekitaran dan pengalaman lampau.
Apa yang tertulis di blog ini datangnya daripada apa yang kami alami sendiri, suasana persekitaran dan pengalaman lampau.
Thursday, September 16, 2010
Kuah Lodeh yang enak.
Hai jumpa lagi dalam cerita ceriti pasal makanan sempena raya.
Ni nak crite pasal kawan lontong iaitu kuah lodeh. mana bleh tinggal kuah ni bila tiba raya, meraung aku klau tak dapat makan kuah nih...rasanya macam ditinggalkan kekasih lah gitu..
Al kisah nak citer kat semua nih, tatkala raya menjelma, tiba pula giliran isteri beraya di kampong di Utara negeri.. disitu aku dah kaji awal2 lagi makanan istimewa raya mereka adalah lemang dan rendang..Ya Tuhan..aku tak sanggup ditinggalkan kekasih (kuah lodeh) di pagi raya!!! jadi aku terfikir sesuatu di luar kotak pemikiran aku nih..dimana aku suruh isteri aku membeli bahan2 untuk memasak kuah lodeh..Biasa pagi raya aku belasah kuah lodeh mak aku di cecah lontong dan kuah kacang begitu enak sekali...tetapi pagi raya tu aku bakal dihidangkan dengan lemang dan rendang...oh ohoh..tak sanggup (menangis teresak2)..
Hari terakhir puasa, aku dah sampai ke kampong isteri aku, lalu aku berdua sahaja dengan isteri sibuk menyiapkan bahan2 untuk memasak kuah lodeh..dan sambal kacang...sambil tu aku rebus je nasi impit segera cap Nona dimana semua sanak saudara sibuk membakar lemang dan memasak rendang. Hehe..nak jadikan cerita, datanglah mak menakan isteri aku ni tanya "ni masak apa nih sayoq bubuh campoq2 nih?..ni menatang apa tak tau.." kami buat tak tau je dan cuma jawab "nak masak kuah lodeh.." sambil selak buku resepi...
Mereka seakan pelik sebab bertahun depa raya tak pernah ada orang datang masak kuah lodeh dan mereka tak pernah makan kuah tu..cuma ada sesetengah sepupu isteri yang bekerja di KL tau benda tu tp taknak tolong pun...Nak tau kitaorang masak kuah tu 1 periuk besar penuh...aku nak tengok esok diorang nak makan ke tak..
Esoknya...bergemalah takbir raya di kampong yang sunyi tu..lepas solat sunat raya aku trus balik untuk menjamah kuah lodeh masakan isteri ku yang tercinta.. heheh...semua sedara yang hadir terkulat2 tengok kuah apa ni...diorang cedok seorang demi seorang...sepinggan demi sepinggan... sampai jilat sudu dan jari... tak cakap sepatah macam semalam punya bebel... cuma hari ni pujian tentang masakan yang berasal dari kampong aku dan air tangan bini aku...hahahahah...itulah raya yang paling indah dalam hidup aku dan isteri..
dan..itulah kali pertama rakyat kampong tu makan kuah lodeh..hehehe...sejarah tercipta lah!
Mak menakan yang sibuk semalam tu hanya makan..dan makan lemangnya sahaja...tapi bila nak balik aku tengok dia dok tapau kuah tu tak ingat beb!..nasi impit cap nona tu skali..dan sambal kacang skit...tapi takpe, hari raya. wassalam..
Labels:
kuah lodeh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan Popular
-
Hai jumpa lagi dalam cerita ceriti pasal makanan sempena raya. Ni nak crite pasal kawan lontong iaitu kuah lodeh. mana bleh tinggal kuah ...
-
"Lontong (seperti gambar) ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus d...
-
"eee..tak suka makan budulah!, ko tau tak berulat-ulat budu tu masa diperam.." Tu tanggapan awal aku masa aku blum merasa budu ke ...
-
Smlm aku ngan family aku pi klang sentral merasmikan pembukaan pasaraya Giant Klang Sentral yang baru beroperasi 12 ogos khamis lalu. Cuma n...
-
Masmizi: Lontong oh Lontong.. : "'Lontong (seperti gambar) ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada be...
-
SALAM pembaca, Baru-baru ni kita dikejutkan dengan penayangan iklan raya yang membawa unsur2 menyimpang dari landasan Islam, dan lebih dike...
-
Masmizi: IKLAN RAYA TV3 - SINARI LEBARAN : "SALAM pembaca, Baru-baru ni kita dikejutkan dengan penayangan iklan raya yang membawa unsu...
camtu rupanya makanan ni berhijrah..
ReplyDelete