"eee..tak suka makan budulah!, ko tau tak berulat-ulat budu tu masa diperam.." Tu tanggapan awal aku masa aku blum merasa budu ke lidah aku yang selama ni hanya mengenal tempe..Aku mmg dibesarkan dengan tempe bukan mak aku buat tapi dibeli daripada makcik kt hujung kampong tempat aku tinggal. Hanya Jawa yang Mengenal Tempe..
Nak jadikan cerita, masa aku belajar di IPT, aku duk sebilik dengan budak Kelantan namanya Amir (bukan nama sebenar). Tu lah kali pertama aku dapat kawan dengan budak dari luar negeri Selangor. Kitaorang mengenal budaya masing2.. kawan senegeri dia juga byk ajar aku macam2 psl Kelantan. Mula2 bab makan. Budulah modal utama diorang.. walaupun dah duk jauh pun diorang sanggup bli budu dari Kelantan semata2 nak dekatkan diri selalu dengan negeri kelahiran. Lambang negeri tak usah crita, kt buku, kt moto, nasib baik tak tampal kt katil aku..melampau lah tu..
Ok, satu hari tu mak aku bekalkan aku sambal kering tempe ikan bilis. Haa.. sedapnya bukan main sampai skang bini aku makan kalau mak aku buat.. Tapi si Amir tak makan pedas, jadi aku ckp dgn mak aku jgn kurangkan pedas tp bg manis skit..Bila aku makan depan diorang, terpacol lah di mulut Amir dan kawan2 nya "Gapo dio weh mu make nih?", aku pun tak jawab tp trus hulur mangkuk sambal tu ke pinggan diorang.. diorang rasa dan tanya lagi.."Gapo dio nih? sedak gak." aku diam lagi dan terus makan sampai habis..Kan tak baik cakap masa makan...Bila habis makan aku pun jawab "Tempe".. Terbeliak lah mata Amir dan kawan2nya lalu meminta aku mengajar mereka cara menyebut tempe dengan betul.. Setelah diperbetul dan diperbaguskan sebutannya, mereka meminta aku membawanya lagi lain kali..
Minggu depannya seperti yang dijanjikan, aku membawa sambal yang sama rasa dan tahap pedasnya.. dan mereka pun meratah sambal tempe itu sambil ketawa terbahak2 (nasib tak tercekik)..itulah lambang kepuasan sebenar..meratah tempe yang tak pernah ujud di negeri Kelantan darul Naim..
Aku percaya skang ni ramai orang Kelantan dah pandai makan tempe..mungkin ada yang makan cecah dgn budu..dan aku percaya benda tu jadi lepas insiden Amir dan kawan2nya..Jadi lepas insiden tu juga, aku tak segan silu menuang budu ke dalam pinggan aku depan Amir dan kawan2nya. Kami sama2 bangga melihat masing2 meratah hidangan dari negeri masing2.. cuma lepas makan aku ditinggalkan setelah mereka berjumpa dengan kawan2 senegeri yang lain..Itu fitrah lumrah alam hidup di Malaysia..
Nak jadi hebat lagi crita ni.. Setelah kami grade, berkahwin dan punya anak...aku terserempak semula dengan Amir di suatu kawasan perumahan di kampung aku. Aku terkejut, kami bersalaman dan berkenalan dengan keluarga masing2.. Isteri amir pula berasal dari orang kampung aku juga.. dan aku berkata pada Amir sambil tersenyum "Ni pasal tempe aku ke ko kahwin orang kampung aku?"...Tersipu2 Amir dan isterinya seraya berkata.."Ye..aku dah kecek luar, tempe mak ko tu ada lagi? heheh.."
bersambung...
cara buat tempe
apa tu Tempe?
Info Tempe dunia.
info Budu
khasiat budu
Salam perkenalan..
Salam perkenalan dari kami..
Apa yang tertulis di blog ini datangnya daripada apa yang kami alami sendiri, suasana persekitaran dan pengalaman lampau.
Apa yang tertulis di blog ini datangnya daripada apa yang kami alami sendiri, suasana persekitaran dan pengalaman lampau.
Thursday, September 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan Popular
-
Hai jumpa lagi dalam cerita ceriti pasal makanan sempena raya. Ni nak crite pasal kawan lontong iaitu kuah lodeh. mana bleh tinggal kuah ...
-
"Lontong (seperti gambar) ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus d...
-
"eee..tak suka makan budulah!, ko tau tak berulat-ulat budu tu masa diperam.." Tu tanggapan awal aku masa aku blum merasa budu ke ...
-
Smlm aku ngan family aku pi klang sentral merasmikan pembukaan pasaraya Giant Klang Sentral yang baru beroperasi 12 ogos khamis lalu. Cuma n...
-
Masmizi: Lontong oh Lontong.. : "'Lontong (seperti gambar) ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada be...
-
SALAM pembaca, Baru-baru ni kita dikejutkan dengan penayangan iklan raya yang membawa unsur2 menyimpang dari landasan Islam, dan lebih dike...
-
Masmizi: IKLAN RAYA TV3 - SINARI LEBARAN : "SALAM pembaca, Baru-baru ni kita dikejutkan dengan penayangan iklan raya yang membawa unsu...
No comments:
Post a Comment