Salam perkenalan..

Salam perkenalan dari kami..
Apa yang tertulis di blog ini datangnya daripada apa yang kami alami sendiri, suasana persekitaran dan pengalaman lampau.

Thursday, September 16, 2010

Kuah Lodeh yang enak.


Hai jumpa lagi dalam cerita ceriti pasal makanan sempena raya.

Ni nak crite pasal kawan lontong iaitu kuah lodeh. mana bleh tinggal kuah ni bila tiba raya, meraung aku klau tak dapat makan kuah nih...rasanya macam ditinggalkan kekasih lah gitu..

Al kisah nak citer kat semua nih, tatkala raya menjelma, tiba pula giliran isteri beraya di kampong di Utara negeri.. disitu aku dah kaji awal2 lagi makanan istimewa raya mereka adalah lemang dan rendang..Ya Tuhan..aku tak sanggup ditinggalkan kekasih (kuah lodeh) di pagi raya!!! jadi aku terfikir sesuatu di luar kotak pemikiran aku nih..dimana aku suruh isteri aku membeli bahan2 untuk memasak kuah lodeh..Biasa pagi raya aku belasah kuah lodeh mak aku di cecah lontong dan kuah kacang begitu enak sekali...tetapi pagi raya tu aku bakal dihidangkan dengan lemang dan rendang...oh ohoh..tak sanggup (menangis teresak2)..

Hari terakhir puasa, aku dah sampai ke kampong isteri aku, lalu aku berdua sahaja dengan isteri sibuk menyiapkan bahan2 untuk memasak kuah lodeh..dan sambal kacang...sambil tu aku rebus je nasi impit segera cap Nona dimana semua sanak saudara sibuk membakar lemang dan memasak rendang. Hehe..nak jadikan cerita, datanglah mak menakan isteri aku ni tanya "ni masak apa nih sayoq bubuh campoq2 nih?..ni menatang apa tak tau.." kami buat tak tau je dan cuma jawab "nak masak kuah lodeh.." sambil selak buku resepi...
Mereka seakan pelik sebab bertahun depa raya tak pernah ada orang datang masak kuah lodeh dan mereka tak pernah makan kuah tu..cuma ada sesetengah sepupu isteri yang bekerja di KL tau benda tu tp taknak tolong pun...Nak tau kitaorang masak kuah tu 1 periuk besar penuh...aku nak tengok esok diorang nak makan ke tak..

Esoknya...bergemalah takbir raya di kampong yang sunyi tu..lepas solat sunat raya aku trus balik untuk menjamah kuah lodeh masakan isteri ku yang tercinta.. heheh...semua sedara yang hadir terkulat2 tengok kuah apa ni...diorang cedok seorang demi seorang...sepinggan demi sepinggan... sampai jilat sudu dan jari... tak cakap sepatah macam semalam punya bebel... cuma hari ni pujian tentang masakan yang berasal dari kampong aku dan air tangan bini aku...hahahahah...itulah raya yang paling indah dalam hidup aku dan isteri..
dan..itulah kali pertama rakyat kampong tu makan kuah lodeh..hehehe...sejarah tercipta lah!

Mak menakan yang sibuk semalam tu hanya makan..dan makan lemangnya sahaja...tapi bila nak balik aku tengok dia dok tapau kuah tu tak ingat beb!..nasi impit cap nona tu skali..dan sambal kacang skit...tapi takpe, hari raya. wassalam..

Masmizi: Lontong oh Lontong..

Masmizi: Lontong oh Lontong..: "'Lontong (seperti gambar) ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan ..."

Lontong oh Lontong..

"Lontong (seperti gambar) ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang. Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri. Kerana dikukus dalam daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa."

Salam semua, kenyataan di atas saya petik dari fakta sebenar dalam wikipedia.com.. sedar tak kita bahawa masyarakat melayu kita seperti keliru dan buat tak tahu mengenai lontong yang sebenar dengan lontong yang selalu disebut2 tuh..(nasi impit dan kuah lodeh).. aku pun keliru masa aku sekolah, kantin tu ada jual makanan dalam mangkuk, ada nasi impit berkuah lodeh.. aku pun order dengan makcik tu "Cik, nasi impit tu satu!"..makcik tu kata "tu bukan nasi impitlah..tu lontong!"..Aku pun agaknya bendul sangat jadi aku pun ceritalah lontong tu camner rupa sebenar..makcik tu tak bleh terima kenyataan!

Sebab aku taulah mak bapak aku dulu rajin buat lontong bila tiba raya.. daun pisang senang dapat kt kampong...jadi ketupat ni tunggu orang bagi je kalau ada hehe..satu lagi masa aku ikut mak bapak aku ambil daun pisang nak buat lontong, datanglah seorang pakcik nih tanya kt bapak aku..bapak aku pun jawablah nak buat lontong...pakcik tu aku tengok muka dia pelik semacam dan dia tanya "apsal buat lontong guna daun pisang?" sambil mengerut dahi yang dah memang kerut tuh... Kesian aku tengok pakcik tu jadi kami pun terangkan kepada pakcik tu camner rupa sebenar lontong.. Aku rasa tulah kali pertama dia paham apa tu lontong sebab muka dia berseri-seri akibat kekeliruan yang melanda dirinya seabad usianya..Dia pun ambil daun pisang untuk buat sendiri lontong seperti yang bapak aku ajarkan tadi.

Jadi, kita orang Melayu yang penuh kebudayaan dari segala segi nie terutama sekali pasal makanan...antara lontong dan lontong (nasi impit kuah lodeh), sedarlah bahawa lontong sebenar adalah seperti gambar dan maklumat di atas..tu lah lontong sebenar, jangan keliru lagi sebab malulah pada bangsa lain yang kita ni tak kenal makanan kita sendiri. wassalam...



BUDU & TEMPE

"eee..tak suka makan budulah!, ko tau tak berulat-ulat budu tu masa diperam.." Tu tanggapan awal aku masa aku blum merasa budu ke lidah aku yang selama ni hanya mengenal tempe..Aku mmg dibesarkan dengan tempe bukan mak aku buat tapi dibeli daripada makcik kt hujung kampong tempat aku tinggal. Hanya Jawa yang Mengenal Tempe..
Nak jadikan cerita, masa aku belajar di IPT, aku duk sebilik dengan budak Kelantan namanya Amir (bukan nama sebenar). Tu lah kali pertama aku dapat kawan dengan budak dari luar negeri Selangor. Kitaorang mengenal budaya masing2.. kawan senegeri dia juga byk ajar aku macam2 psl Kelantan. Mula2 bab makan. Budulah modal utama diorang.. walaupun dah duk jauh pun diorang sanggup bli budu dari Kelantan semata2 nak dekatkan diri selalu dengan negeri kelahiran. Lambang negeri tak usah crita, kt buku, kt moto, nasib baik tak tampal kt katil aku..melampau lah tu..
Ok, satu hari tu mak aku bekalkan aku sambal kering tempe ikan bilis. Haa.. sedapnya bukan main sampai skang bini aku makan kalau mak aku buat.. Tapi si Amir tak makan pedas, jadi aku ckp dgn mak aku jgn kurangkan pedas tp bg manis skit..Bila aku makan depan diorang, terpacol lah di mulut Amir dan kawan2 nya "Gapo dio weh mu make nih?", aku pun tak jawab tp trus hulur mangkuk sambal tu ke pinggan diorang.. diorang rasa dan tanya lagi.."Gapo dio nih? sedak gak." aku diam lagi dan terus makan sampai habis..Kan tak baik cakap masa makan...Bila habis makan aku pun jawab "Tempe".. Terbeliak lah mata Amir dan kawan2nya lalu meminta aku mengajar mereka cara menyebut tempe dengan  betul.. Setelah diperbetul dan diperbaguskan sebutannya, mereka meminta aku membawanya lagi lain kali..
Minggu depannya seperti yang dijanjikan, aku membawa sambal yang sama rasa dan tahap pedasnya.. dan mereka pun meratah sambal tempe itu sambil ketawa terbahak2 (nasib tak tercekik)..itulah lambang kepuasan sebenar..meratah tempe yang tak pernah ujud di negeri Kelantan darul Naim..

Aku percaya skang ni ramai orang Kelantan dah pandai makan tempe..mungkin ada yang makan cecah dgn budu..dan aku percaya benda tu jadi lepas insiden Amir dan kawan2nya..Jadi lepas insiden tu juga, aku tak segan silu menuang budu ke dalam pinggan aku depan Amir dan kawan2nya. Kami sama2 bangga melihat masing2 meratah hidangan dari negeri masing2.. cuma lepas makan aku ditinggalkan setelah mereka berjumpa dengan kawan2 senegeri yang lain..Itu fitrah lumrah alam hidup di Malaysia..

Nak jadi hebat lagi crita ni.. Setelah kami grade, berkahwin dan punya anak...aku terserempak semula dengan Amir di suatu kawasan perumahan di kampung aku. Aku terkejut, kami bersalaman dan berkenalan dengan keluarga masing2.. Isteri amir pula berasal dari orang kampung aku juga.. dan aku berkata pada Amir sambil tersenyum "Ni pasal tempe aku ke ko kahwin orang kampung aku?"...Tersipu2 Amir dan isterinya seraya berkata.."Ye..aku dah kecek luar, tempe mak ko tu ada lagi? heheh.."

bersambung...
cara buat tempe
apa tu Tempe?
Info Tempe dunia.
info Budu
khasiat budu

Tuesday, September 7, 2010

Masmizi: IKLAN RAYA TV3 - SINARI LEBARAN

Masmizi: IKLAN RAYA TV3 - SINARI LEBARAN: "SALAM pembaca, Baru-baru ni kita dikejutkan dengan penayangan iklan raya yang membawa unsur2 menyimpang dari landasan Islam, dan lebih dike..."

IKLAN RAYA TV3 - SINARI LEBARAN

SALAM pembaca,

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan penayangan iklan raya yang membawa unsur2 menyimpang dari landasan Islam, dan lebih dikejutkan lagi apabila ianya disiarkan oleh stesen yang paling berpengaruh sepanjang 26 tahun ni, tak lain tak bukan...TV3!!

Bagi aku ni adalah cara halus bagi mereka yang punya agenda mahu menyampaikan fahaman menyimpang disamping nak menjatuhkan imej Islam dan Aidilfitri tu sendiri. Di Malaysia, orang melayu majoriti beragama Islam dan merayakan hari raya, secara tak langsung imej orang melayu juga diperkotak katikkan dalam kita tersenyum dihiburkan oleh kesan khas iklan raya tersebut. Bagi yang prihatin, mereka nampak agenda busuk ini dari setiap inci dan scene dalam iklan terbabit.

kt sini nak terangkan maksud dalam setiap scene yang ditayangkan:

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.


1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran.

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism



Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. 

Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore.

Scene 10Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah.  
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab 


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).

Sunday, August 15, 2010

Giant & Hot night bazaar

Smlm aku ngan family aku pi klang sentral merasmikan pembukaan pasaraya Giant Klang Sentral yang baru beroperasi 12 ogos khamis lalu. Cuma nengok2 barang2 yang ada, punyalah ramai orang sampai berlaga bahu, berlaga troli.. yang best nye aku dapat jawab soklan kacang dari bekas peserta raja lawak 4 (Alex) selaku wakil dari Astro yg turut memeriahkan malam tu. Hadiah tak sehebat mana tapi aku bangga dapat mengalahkan peserta tak rasmi kt situ.. Sebelum tu lagi aku bangga dapat parking keta dekat betul ngan pintu masuk, itu pun berebut dgn keta lain tapi nasib nyebelahi aku..

habis dah pusing satu Giant yg cuma 2 tingkat tapi mak aii panjang bukan main.. aku dan family bergegas pula ke Hot night bazaar yang terletak tak jauh dari situ. Aku park keta turbo aku di tepi simpang dan keluar berjalan kaki ke bazaar. Mula2 yang kami sergah adalah tempat orang jual tudung.. wife aku dah jadi tudung mania skang ni.. pilih2 punya pilih..last2 beli hanger tudung.Bagus gak ada produk ni bleh gak gantung tudung yang melambak kt umah tu yang dibeli daripada rakan sepejabatnya yang dulunya rakan sepejabat aku juga.
Balik pkl 1030mlm tido awal sebab besok tak prepare lagi lauk untuk bersahor.. Hohohorlick pun tak sempat bli lagi.. Takpe lain kali bleh pi lagi sebab jarak rumah aku tak jauh dari 2 lokasi ni, 3 minit drive..10 minit nak parking.. (kalau cuti sekolah & cuti umum) oklah save aper..

Catatan Popular

Kuatkuasakan waktu anjal bagi pekerja swasta. Datang awal pulang awal. Datang lewat pulang lewat.

Jika semua barang naik harga, apakah makanan pilihan anda selepas ini?

Jika petrol tiada lagi, anda pergi kerja naik apa lepas ni?

Jika anda terjumpa bungkusan wang yang banyak di tepi jalan, apa tindakan anda?